Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua.

Cuti sekolah telah tiba dan tibalah masa untuk membantu keluarga membuat persiapan untuk Syawal yang akan menjelang tiba. Semoga Syawal ini memberi seribu makna kepada kita.
Raikanlah kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan dengan gembira.
Puasa enam jangan lupa dan teruskan ibadah masing - masing. Ingat.... jangan main mercun!!!

Friday, August 27, 2010

53 Tahun Merdeka

Sudah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tanpa disedari ,negara kita kini sudah maju. Kelahiran demi kelahiran sudah dilewati...hembusan nafas terakhir insan menambahkan lagi penghuni di perkuburan...namun , biarlah bumi Malaysia tetap merdeka.


LAYAR MERDEKA

Tertera dalam layar merdeka dekad lalu
Daerah itu pernah dijajah
pernah digenggam lumat haloba dan kesumat
Sebuah bangsa yang enggan mengerti derita
Anak watan bernama Malaysia


Kolam tangis itu memecah tembok kesabaran
Membanjiri tanah pusaka warisan berzaman
Dalam desir semilir lesu...bersaksi
Awanan mendung, mencurah tangis di medan ma'rakah
dan bumi basah...litup bertompok cecair merah

Bertahun menanti aman dalam benak bermunajat
Agar al-Khaliq mendengar rintih, mulus sekeping hati
Dalam mencari lafaz hamdalah kala pasrah meratap
Detik atma luluh direntap...tragis daerah sejarah
dan zikir membasah dua bibir melafaz
safi sebaris kalimah...Allahu Akbar!!!

Semilir sejarah membolos corong daerah zulmat
48 tahun berlalu bumi reda digoncang debar dan getar
Hilang gigil...aman bertandang
Menjulang panji perjuangan dalam alur jejantas silam
Berkibar layar merdeka ditiup angin rahmat
Dan detik itu tinggal sejarah
Terukir di kanvas memori silam
Lalu saat ini menyambut kelahiran dalam daerah aman
Meski getarnya bisa bertandang di hujung zaman
Dan detik itu menyulam kembali bebongkah
Resah garisah tercungap melafaz...merdeka dihujung nyawa
Tersekat kerongkong dalam menitip kalimah
Suci lafaz sebaris Syahadah.




Syarifah Salha Syed Ahmad

Universiti al-Azhar, Mesir.

Selamat Berpuasa


Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)

Dan firman-Nya lagi:

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)

Saturday, July 31, 2010

AMALI HAJI


Hari Rabu merupakan hari khusus untuk pelajar SMKA Maahad Muar mengadakan perjumpaan samada unit beruniform,kelab persatuan atau sukan permainan.Pada kali ini, amali haji telah dijalankan untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai persediaan untuk menunaikan haji pada masa hadapan.

Friday, July 9, 2010

KEM NADWAH KEPIMPINAN ISLAM SMKA NEGERI JOHOR 2010






Kem Kepimpinan Islam SMKA Negeri Johor 2010 bertempat di Pusat Kokurikulum telah diadakan selama 4 hari iaitu 30 Jun 2010 hingga 3 Julai 2010. SMKA Maahad Muar telah menjadi tuan rumah pada tahun ini dan mengendalikan program ini dengan jayanya. Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 dan 10 orang pelajar Tingkatan 2 turut menjadi peserta kem ini.

MINGGU KOKURIKULUM

Minggu kokurikulum sekolah diadakan sepanjang 2 Julai hingga 4 Julai. Sepanjang minggu kokurikulum ini,gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh para murid sendiri terus berniaga di Dataran Hidayah,SMKA Maahad Muar.


3 Julai


Pertandingan Nasyid Sekolah dibarisi putera-putera SMKA Maahad Muar memeriahkan malam Ahad.


4 Julai



Pertandingan Kawad Kaki Sekolah menutup Minggu Kokurikulum Sekolah 2010

Saturday, May 15, 2010

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum

Selamat Datang

Welcome